Saturday 15 June 2013

Kerinduan sama udang galah

suatu ketika dulu..sy belajar memancing udang galah di kg.laut weston,bersama rakan karib yang juga saudara sy saudara rizam adenan..masa 2 berumur 17tahun,thun 2004..sy yang belajar d smk weston ketika itu kerap meluangkan masa memancing bersama pemancing muda yang terkenal d sana ketika itu.masih terbayang d ingatan sy,mcmna sy belajar memasang umpan,mengenali kedudukan n ciri2 air,suhu dan arus yg sesuai..serta panduan mengikat mata kail,size dan cara memasang umpan,jenis2 umpan..tahun itulah pertama kali sy membeli set memancing abu garcia(entah mana suda 2 barang hahha)..al maklumlah masa itu baru belajar,selalu kena kutuk dan hasil memang x seberapa..kemudian sy melupakan hobi ini beberapa tahun sblum kembali aktif pada 2010 hingga sekarang menjadi pemancing kuala hahha!!hajat di hati ingin melayan tarikan udang galah,tapi kedudukan yang jauh dan masa yang terhad nampaknya tidak mengizinkan..

the best..rekod peribadi di jeti sungai merapok,umpan anak udang..seberat 600g..xda pengukur yg sesuai ketika itu..so kotak rokok dunhill dan hanger baju ja la sebagai perbandingan..

sebagai rujukan,umpan yg biasa digunakan utk memancing udang galah ialah cacing,bedal ayam,isi ikan,perut ayam dan anak udang..bagi lokasi yang dihuni `sang beliau` lebih baik mengelakkan penggunaan bedal dan perut ayam..bau darah kadang2 mengundang bencana..kalau guna cacing,kdang2 cucu cicit udang galah pn naik,so umpan terbaik bagi sy ialah udang..isi ikan nh umpan sampingan sahaja..

bagi yang bermasalah menyediakan perambut,beli saja di kedai pancing..bnyak jual set perambut lengkap mata kail..rm2.80-rm3.50 ikut size n jenis..mata kail udang kecil..nipis..tajam..melengkung..pendek..no.6-no.12 boleh digunakan mengikut kesesuaian...batu no.3 hingga no 7 ikut arus..

dimaklumkan udang galah galak makan ketika kewujudan arus,air surut atau air pasang..kawasan udang bermain sekitar reba(ranting2,akar) tempat yang mudah sangkut..pastikan perambut anda lebih kecil drpda size tali..

set kegemaran sy,rod seahawk micra 2-8lb,diganungkan dengan mesin m800 seahawk micra 2ball bearing dan tali 15lb..pilihlah joran ringan,kecil,warna cerah ataupun hujungnya warna cerah,mudah lentur dan lembut hujungnya,khas utk mengesan pergerakan `halus` udang galah..set sy cuma dibeli dengan harga rm20 sahaja hahha!!set ini juga pernah menaikkan sembilang 1kg(nasib x patah),ikan baby GT 1kg(sapa ckap kecil x than lasak)..so harga sebenarnya jelas x memainkn peranan sgt utk memancing udang galah..biasanya spesies baung or sembilang yang menghuni bersama udang galah paling besar pn 1kilo..so x perlu khuatir dgn tali 15lb..tali besar akan menyebabkan pancing anda lambat bereaksi dgn gerakan udang..

tips menarik udang galah..tunggu sentapan halus 2 atau 3 kali(tunggu dia betul2 makan umpan) luruskan joran anda ke atas dan terus pump..jgn sekali2 kendurkan tali,nescaya anda akan terasa `gerakan reverse` dan melepas la..

ketika beraksi d jeti kg.weston..lama x melawat jeti di sana





lagi dengan udang galah gred A

sahabat lama,helmy anak jati weston

hasil malam ini


xperlu memancing lama2 kalau tempat memang ada udang

No comments:

Post a Comment