Saturday 21 April 2012

UDANG GALAH WESTON MENGAMUK!!

Pada hari ini 21.04.2012(sabtu) jam lebih kurang 1000hrs-1300hrs..wakil dari Team D`FIST julung kalinya menduga amukan udang galah di Kg.Weston,Beaufort,Sabah..mendapatkan khidmat tekong@king udang galah jr., teman lama penulis..saudara Rizam Adenan dari Kg.Laut Weston,menaiki bot 12kaki dengan enjin 15hp..kami menongkah arus sungai Nabahan berbekalkan umpan udang mati yang dijala oleh tekong Rizam..syukur alhamdulillah,balingan pertama terus mendatangkan hasil yg menarik..seeor udang galah yg bersepit biru berjaya dinaikkan..

adik kepada tekong Rizam yang banyak menaikkan udang dara hari ini..terer budak nh mancing udang galah

tekong Rizam bersama antara hasil pancingannya..king jr yg berjaya menaikkan lebih 20 ekor udang biru hari ini

daud `the Jangkar` bergembira menaikkan udang galah

haaa,antara lubuk udang galah sg.nabahan
  yg nh size udang dara..gred A juga nh..200g seekor

pikat a.k.a vampire of the woods..bersaiz 10x daripada nyamuk..sengsara memancing sambil bersilat dengan serangga penghisap darah nh

prosboscis monkey a.k.a bayau yg banyak berkeliaran di lokasi kejadian hanya mampu menjadi saksi keganasan Team D`FIST menentang amukan udang galah hari ini hehehe

hasilnya!!!yg bertelur dan bersaiz kecil dilepaskan semula di sungai untuk menjadi penyambung generasi udang galah..setelah ditimbang,adalah 4kg hasil selama 3jam memancing hari ini hehhehe

tips untuk memancing udang galah..pastikan anda menggunakan batu pancing saiz kecil,bg arus agak deras saiz 4@5 sesuai..sila gunakan perambut pendek.umpan hari ini udang mati..tapi umpan cacing@bedal ayam pn bole juga..isi ikan segar pn boleh.kadang2 penulis guna isi ikan baung sebagai umpan hehhe..umpan perlu diperiksa selalu@selang 5minit..jika 30 minit duduk di lokasi tanpa hasil,sila start enjin anda dan pindah ke tempat lain..sekian,tq for reading..