Thursday 16 May 2013

tenom flying man memang boleh tahan

tiba2 hp aku berbunyi..skali tengok nama,aiks org tenom nh..rupanya sudah sampai depan rumah..jam menunjukkan jam 8malam..so aku bwa dorg makan dulu,then bersiap untuk beraksi di sangkar ikan kg.sikalong,menumbok..malam nh hujan renyai,so kami melabuhkan pancing dekat2 saja..tunggu2 nasib la orang bilang hehhe

selang sejam menunggu..harry yang menjadi ketua rombongan dari Tenom ini bersuara gembira..1st blood la katakn,time air sejuk lagi..mesti la happy hehhe.. tetanda yang dinaikkan dgn udang hidup..kira ok la size nh di kuala..besar tapak tangan

 ini bukan alien..ini sejenis moluska yg tsangkut d mata pancing..kecoh kejap,call sna sni tnya orang,siap post di fb hahha!!ingatkn boleh jual 2 3 juta..rupanya binatang nh memang biasa jumpa,nelayan la yang biasa jumpa 2..

 bole tahan orang tenom nh..tinusan,kerapu,sembilang,ketambak,tetanda yang mengisi tong ikan hari ini


bole la..cover2 minyak hehheh..ikan merah,ketambak yang masih dalam jaring dari semalam..seperti biasa..faktor cuaca dan pasang surut air menjadi faktor kejayaan mana2 trip memancing..hasil hari ini cuma sekitar 8kg tapi boleh la..terasa juga karan2 ikan merah di tangan hehhe

melawat..lepas gian

berikutan pilihanraya umum ke 13 yg lalu..sy dan kawan2 agak sibuk,jadi agak lama tidak dapat turun memancing..walaubagaimanapun,pada suatu petang..tiba2 kawan bawa juga singgah untuk beli ikan..sambil2 melepas gian la sekejap katanya..so sy pun bawa la juga set hikmat hehhe..masa 2 air baru bergerak surut,cuaca panas..jadi memang ada kemungkinan yang baik..walaupun cuma melepas gian,tapi sy melabuhkan 5 pancing hahha!!ya la,kalau memancing sekejap nh..siapa yg `kilar` memang jadi mangsa gelak hahha!!so terpaksa la berjuang..lama juga menunggu,yang naik cuma anak2 utik,ketam yang sudi..entah mana la ikan lain nh..tapi memandangkan umpan kami pn baru keluar dari freezer,so nasib2 ja la..


setelah 3jam menunggu,baru la apollo berumpan udang kupas disambar....belais dinaikkan dgn mudah..cuma kena la hati2..spesies ikan nh pernah buat aku rest 2jam memancing..bisa weiiiii!!



Mencuba nasib,rezeki tak diduga

pada malam berkenaan..datang 2 orang sepupu dari Tenom..lalu penulis membawa mereka makan di Sangkar Terapung Kg.Sikalong,Menumbok..sambil menunggu ikan stim siap dimasak..kami meluangkan masa untuk memancing seketika dengan umpan udang mati dan udang hidup yang kebetulan disediakan di sana..

 kira2 jam 8malam..saya yang asyik bercerita dengan sepupu,terkejut bila joran kecil Seahawk aksi ringan saya melentur kuat..dengan berumpankan cuma udang kupas..saya tidak menyangka menaikkan seekor ikan putih..

 mungkin rezeki orang jauh..seekor lagi naik 20minit kemudian..juga dengan umpan udang kupas..udang hidup x berusik nampaknya hahaha

perghhhh ini la sebenarnya yg ditunggu..ikan stim n ikan 3 rasa..kerapu yg sendiri sauk dari sangkar..rasa memang mantappp hehhe



bagi pemancing yg ramai atau berkeluarga..lokasi ini memang sangat sesuai kerana ia dekat,ada makanan disediakan,luas,ada bilik rehat..harga pun berpatutan..caj masuk rm3,dan dikenakan bayaran rm2 1jam utk memancing..makanan ikan segar seperti kerapu,selungsung,ikan putih dan pelbagai jenis ikan berkualiti tinggi sentiasa ada di sini..

Bersama Tenom Flying Man

pada 21 April 2013..jam 9malam,lokasi Sangakar Terapung Kg.Sikalong,Menumbok milik En.Suhaimi..hari ini,sy membawa rakan dari Tenom menduga lokasi ini yg dikenali dengan ikan merahnya..berbekalkan umpan udang hidup,set umpan tiruan,anak ikan,ikan mati,udang mati n sotong mati..kami bermula lewat berikutan cuaca yg hujan dan berangin..
agak lama menunggu,slepas 12 malam baru lah seekor tinusan lebih 1kg berjaya dinaikkan seterusnya membakar semangat kami..namun air yang jernih dan bulan mengambang jelas menguji semangat kami..

 menjelang jam 4pagi..sy sudah lena dibuai mimpi..tiba2 loceng yg dipasang di hujung joran milik Black berdering lantang..bila dinaikkan..hati kami semua terbakar melihat ikan merah yang berjaya dinaikkan..

 tidak mahu kalah,menjelang jam 5pagi..ikan merah menyambar umpan hirisan ikan..segar mata kami semua

 siang menjelma..seawal jam 6pagi..seekor sotong katak menyambar umpan udang hidup

 ini hasil dengan pelampung..bulan-bulan yg menyambar umpan udang

 seperti biasa..dinaikkan dengan jayanya..bikin umpan hahaha

 Menumbok memang terkenal dengan ikan merah yang pelbagai..kerisi 600g turut berjaya dinaikkan dengan umpan isi ikan

spesies ikan merah ini dikenali sbgai `tambung ` di sini..sebenarnya hasil agak lumayan hari ini..tapi ikan x bersisik dirahsiakan utk kesejahteraan umum hahha!!bgitu juga dgn ikaz saiz kecil..nway,sekiranya anda ingin mencuba nasib di menumbok..jgn ragu2 hehhe