Monday 7 May 2012

MEMANCING DI KUALA PENYU

Pada 06.05.2012,anggota Team D`FIST telah bergerak ke Membakut Eco Lake untuk aktiviti casting toman..malangnya kolam di resort berkenaan ditutup sehingga 02.06.2012..so terpaksa la kami bergerak ke tempat lain..kata sepakat dicapai lalu kami meneruskan perjalanan ke Kuala Penyu yang terkenal dengan aktiviti casting di Sungai Sitompok..


Tam Rizal sedang meninjau lokasi casting depan kedai,berdekatan dengan jambatan baru



penulis test casting di gigi air..lure minnow sempat sangkut lagi,mujur la di tempat cetek,bole turun ambil lagi


ini la tugu peringatan Sitompok yang menjadi asal-usul Kuala Penyu..kami sempat test memancing di feri lama di belakang..cantik tempat nh,bole nampak ikan coz air memang cun


seterusnya kami berkunjung ke Jeti Pantai Sawangan yang terkenal dengan aktiviti apollo..walaupun ada notis makluman ini..sesak juga jeti nh macam biasa hhaha!!


Tam Rizal dan Daud `The Anchor` sedang membottom dengan umpan udang hidup



Daud `The Anchor` dengan hasil pertama


antara pemancing tempatan sedang layan apollo anak ikan untuk dijadikan umpan,di celah2 lantai lagi 2 hehehe


sungguh sesak,nasib baik x juling mata ikan di Sawangan nh tengok mana 1 mata pancing yang mau disambar


ada juga yang bawa anak..tempat nh memang sesuai untuk bawa family hujung minggu


antara spesies ikan yang banyak dinaikkan dengan apollo dan membottom



ikan selar kuning yang banyak berenang di bawah jeti






sebenarnya tempat nh lebih kepada tempat riadah..tandas awam,chalet,gerai2 makanan disediakan..kalau mau memancing ikan kecil,conform la tempat nh lokasi ideal..rasa macam mau bawa rambat@jala pn ada kalau tengok anak2 ikan di bawah jeti nh..kalau mau cari siput sedut,bergerak kira2 1km dari jeti,ada pantai yang memang kaya dengan siput sedut..bawa karung pn xpa..oleh kerana cuaca kurang sesuai,air pun semacam ja berikutan fenomena `full moon` so kami terpaksa bergerak awal untuk balik..apapun Sungai Sitompok sudah dilabelkan dalam memori D`FIST sebagai antara lokasi yang akan dikunjungi untuk acara casting dan membottom dengan umpan hidup kelak


No comments:

Post a Comment