Wednesday, 4 June 2014

anak2 ikan ja bersama "tekong mijul" dan isterinya

Tekong Mijul,tekong terbaru untuk Team D'fist..sememangnya seorang nelayan pancing yg mantap..bila ditanya "ada dapat ka?" Jawapan selamba beliau "ada la untuk makan,30kg ja g2" perghh bedarah telinga kaki pancing..beliau rajin turun ke laut semarang,kawasan pelantar minyak labuan

Kerapu 9.3kg dengan handline..ermm kwn2 yg guna ajiking,daiwa,stella 2..ada pernah test ka "anak ikan" size nh?


Isteri tekong Mijul nh,kalau dia join skali,mmg membuat saya malas tengok dia tarik ikan..mungkin ikan jantan banyak setiap kali dia join..kita baru tarik 3 ekor,dia sudah 10


Untuk rekod,dia nh cuma guna 1 set handline..xda guna ajiking pun..so yg mengguna shimano n ajiking nh mmg terasa mau bawa bom ikan hahaha!!set mahal tarik pisang2 buat apa haha


Dalam besen..lain kali mau bawa pembaris la


Perghh nh guna joran pun sengsara..tp guna handline ja??


Kaki pancing or kaki casting mana x jeles nh?


Selamba ja dia cakap nh gambar baby siakap..baby la sangat

Apapun penulis mohon maaf..berikutan keadaan laut semarang yang bergelora,n hujan serta angin kuat..adalah sukar untuk snap gambar di bot..malam lagi la susah..so terpaksa snap di rumah tekong ja..jgn risau,penulis blog ini tidak bergambar bersama ikan beli..itu bikin malu punya style..bila penulis kebetulan terserempak dgn team lain last year,cehh rupanya mmg selalu beli ikan tempat kawan..kedapatan or teropot bilang c kawan..x payah la mau mangga2 g2 kn hahaha!!hilang terus respect sy sma team berkenaan..so peringatan bersama..mau upload gambar ikan beli,sila bikin blog "geng pasar" hahaha!!

Monday, 2 June 2014

Tekong n pancing baru

Hasil kenaikan yg agak mantap dari set cap ayam baru2 ini..sy berkunjung lagi ke kedai yg sama dan menyambar pula set medium shimano 4000fx dan ajiking atom ii 3000

Ini dia sang tekong awang dr mempakul,menumbok dengan kerapu hitam 2.3kg..pakai hand line ja

Hujan dan laut bergelora menghalang niat suci sy utk snap bnyak gambar..cuma ada sket utk perkongsian bersama rakan2 kaki pancing..


Penangan umpan udang hidup yg disediakn tekong awang..hasil cukup2 makan ja berikutan hujan dan laut bergelora..tapi lubuk yg kami stay hari nh mmg cun..

Percubaan set "cap ayam"

Ketika berkunjung ke Labuan,sy telah membeli set pancing murah a.k.a cap ayam..spool 7bb battle max rm43 dan 1 lagi spool 7bb rm68..sy cuga menbeli rod shimao cruzar 2602 6ft pada harga rm32..mmg murah


Ini dia shimano cruzar 2602 6ft..rm32


Mata pancing bmc size 13,12,11,10,9..rm2 dpt 12 mata hehehe..sesuai d laut coz x berkarat

Braided 60lb


Perambut pun 60lb,rm4.50 ja hahaha


Hasil pertama,kerapu batu 4jari ja


Hasil ke-2..kerapu hitam size botol mineral 1.5l

Sempat snap sket dlm perahu


Hasil set "cap ayam"