Saturday, 29 June 2013

Melawat Sangkar Terapung Kg.Sikalong,Menumbok


sy sbnarnya diminta oleh teman2 menyiarkan gambar2 ini..untuk tidak menghampakan,sy paparkan di sini sedikit pemandangan di lokasi indah ini..sekiranya anda suka bermain kamera,pasti anda tidak kesal ke sini pada waktu siang hari

inilah kerapu maming yg bewarna kehijauan,harganya mencecah rm180 sekilo


kerapu tikus

pemandangan menghadap terminal antarabangsa menumbok

alex bersama kuda laut hidup..bukan senang mau bgambar bsama kuda laut hidup nh hehhe


haruan tasik,ini kalau melawan pancing,fuhhhh dahsyat..cap ayam jgn harap la mau lawan saiz yg lebih 5kg


ikan cermin,nampak kecil dalam gambar kn..kalau ditimbang yg nh mencecah 6kg seekor


ikan cermin nh sbenarnya sudah jinak,dan menjadi tarikan pelancong untuk memberi makan di tangan



yg nh kerapu harimau


ikan special yang sukar dilihat..ikan emas laut ini seberat 5kg,cukup jinak


ikan yu gami..juga dikenali sebagai japanese gami..daripada bentuk corak di kepala ikan ini la duit yen kuno jepun diilhamkan..ikan jenis parasit ini akan melekat di badan mangsanya sampai mati..bahaya oooo!!

kerapu hybrid

gambar ini disiarkan atas permintaan kawan2 yg mahu melihat tempat memancing utama saya..maafkn sy kerana sy cuma mengambil gambar ini dgn hp sahaja..kualiti kurang bagus dan sy bukanlah seorg jurugambar yg hebat hahha!!

Bottom Udang Hidup,Bunga Pasang Tengah Hari

pada suatu tengah hari yg cerah

mr.din bersama kerisi 800g..apollo isi ikan

anak bawal..biasa naik di sini,saja ja bgambar sbelum lepaskan semula

kerapu pinang,daun baru,tetanda,ketambak,gerut2,belais antara yang berjaya dinaikkan hari nh

selungsung 2kg ja..xla besar

sebenarnya agak lumayan hasil hari nh..memang rezeki kawan2 yang datang bagus..dengan umpan anak udang hidup..
yang dalam gambar nh sebahagian ja..kawan2 yg datang pada hari itu tidak sudi bergambar,x pasti kenapa..sbnarnya ada 10 org dlm trip kali ini,ikan dorg pn dorg x mau gambar..penulis cuma menaikkan 2 ekor belais 500g dan seekor kerapu minyak 1kg sahaja..semasa menaikkan belais ke 2 itu,penulis telah terkena sengatnya,mengakibatkan tangan bengkak so terlepas masa tarikan,iaitu bunga pasang..kesakitan dialami selama 2jam..apabila penulis cuba melabuhkan pancing selepas itu,sia2 saja..air sedang pasang menahan..hampehhh!!

Monday, 17 June 2013

Kenangan Belajar Memancing Udang Galah

suatu ketika,2008..ketika itu sy bertugas di kota kinabalu..bertandang ke sipitang..pada suatu petang semasa   rehat,kawan bawa memancing udang galah..ada tempat best katanya..lalu kami pn bergerak ke Merapok,di kawasan sarawak..menaiki kereta kira2 20 minit dari Pekan Sipitang..lalu kami dibawa ke Sungai Merapok di Kg.Bengkatan,Merapok,Lawas,Sarawak..


dengan set pancing pinjam,semua pun pinjam..sy,anaz,chaerul dan abang mat dibawa oleh tekong darat daud puipui menduga nasib di sungai ini

muka khusyuk melayan tarikan..di sini kalau lama x hujan,air masin naik..so kdg2 ada anak gelama,sembilang n kitang naik..spesies utama selain udang galah ialah baung yang cukup senang dinaikkan di sini..coz orang sini x makan baung..so populasinya cukup selamat


chaerul budak tawau..sempat kontrol macho..sy mencuba hand line

cucu udang pn cucu udang la..antam saja la drpda kumpau hahha


antara hasil yg dinaikkan

gambar nh saja ja di upload untuk kenangan perama kali bermain d sungai merapok..3tahun slepas gambar nh di ambil,sy berpindah bertugas di sana..so puas la sbenarnya memancing di sungai ini hehhe..bnyak lg gambar lain,entah mana suda..nanti akan di upload untuk tatapan bersama.untuk para pembaca yang ingin segera menarik baung..berkunjung la ke sungai ini dengan bekal umpan anak udang mati ataupun cacing..tapi bak kata tekong darat daud puipui ``baung x kira`` hahha!!ungkapan seperti ini la yg jelas menyelamatkn baung di sana..diperingatkan bnyak `sang bedal` di sungai2 sarawak..so lebih baik jgn guna bedal ayam..silap2 sendiri jadi umpan hahha!!




Saturday, 15 June 2013

Kerinduan sama udang galah

suatu ketika dulu..sy belajar memancing udang galah di kg.laut weston,bersama rakan karib yang juga saudara sy saudara rizam adenan..masa 2 berumur 17tahun,thun 2004..sy yang belajar d smk weston ketika itu kerap meluangkan masa memancing bersama pemancing muda yang terkenal d sana ketika itu.masih terbayang d ingatan sy,mcmna sy belajar memasang umpan,mengenali kedudukan n ciri2 air,suhu dan arus yg sesuai..serta panduan mengikat mata kail,size dan cara memasang umpan,jenis2 umpan..tahun itulah pertama kali sy membeli set memancing abu garcia(entah mana suda 2 barang hahha)..al maklumlah masa itu baru belajar,selalu kena kutuk dan hasil memang x seberapa..kemudian sy melupakan hobi ini beberapa tahun sblum kembali aktif pada 2010 hingga sekarang menjadi pemancing kuala hahha!!hajat di hati ingin melayan tarikan udang galah,tapi kedudukan yang jauh dan masa yang terhad nampaknya tidak mengizinkan..

the best..rekod peribadi di jeti sungai merapok,umpan anak udang..seberat 600g..xda pengukur yg sesuai ketika itu..so kotak rokok dunhill dan hanger baju ja la sebagai perbandingan..

sebagai rujukan,umpan yg biasa digunakan utk memancing udang galah ialah cacing,bedal ayam,isi ikan,perut ayam dan anak udang..bagi lokasi yang dihuni `sang beliau` lebih baik mengelakkan penggunaan bedal dan perut ayam..bau darah kadang2 mengundang bencana..kalau guna cacing,kdang2 cucu cicit udang galah pn naik,so umpan terbaik bagi sy ialah udang..isi ikan nh umpan sampingan sahaja..

bagi yang bermasalah menyediakan perambut,beli saja di kedai pancing..bnyak jual set perambut lengkap mata kail..rm2.80-rm3.50 ikut size n jenis..mata kail udang kecil..nipis..tajam..melengkung..pendek..no.6-no.12 boleh digunakan mengikut kesesuaian...batu no.3 hingga no 7 ikut arus..

dimaklumkan udang galah galak makan ketika kewujudan arus,air surut atau air pasang..kawasan udang bermain sekitar reba(ranting2,akar) tempat yang mudah sangkut..pastikan perambut anda lebih kecil drpda size tali..

set kegemaran sy,rod seahawk micra 2-8lb,diganungkan dengan mesin m800 seahawk micra 2ball bearing dan tali 15lb..pilihlah joran ringan,kecil,warna cerah ataupun hujungnya warna cerah,mudah lentur dan lembut hujungnya,khas utk mengesan pergerakan `halus` udang galah..set sy cuma dibeli dengan harga rm20 sahaja hahha!!set ini juga pernah menaikkan sembilang 1kg(nasib x patah),ikan baby GT 1kg(sapa ckap kecil x than lasak)..so harga sebenarnya jelas x memainkn peranan sgt utk memancing udang galah..biasanya spesies baung or sembilang yang menghuni bersama udang galah paling besar pn 1kilo..so x perlu khuatir dgn tali 15lb..tali besar akan menyebabkan pancing anda lambat bereaksi dgn gerakan udang..

tips menarik udang galah..tunggu sentapan halus 2 atau 3 kali(tunggu dia betul2 makan umpan) luruskan joran anda ke atas dan terus pump..jgn sekali2 kendurkan tali,nescaya anda akan terasa `gerakan reverse` dan melepas la..

ketika beraksi d jeti kg.weston..lama x melawat jeti di sana





lagi dengan udang galah gred A

sahabat lama,helmy anak jati weston

hasil malam ini


xperlu memancing lama2 kalau tempat memang ada udang

Wednesday, 12 June 2013

testing hand line

suatu senja di menumbok..sy sedang melayan vapor sambil memerhati kaki langit yang indah dihiasi fenomena kebiruan langit yang kian kemerahan..mentari masih jelas sinarnya namun semakin turun ke laut..kala itu,beberapa orang teman datang membawa umpan anak udang hidup dan set hand line mereka..memang suatu kebiasaan di kalangan warga menumbok ini memancing secara hand line meskipun d laut dalam..menggunakan batu ladung yg kecil seperti yang sy biasa gunakan untuk memancing udang galah,dikepitkan di tali pancing dengan playar..tapi bak kata pemancing tegar` x payah la pkai ajiking or shimano,kalu itu tempat ada ikan,naik juga 2,pancing mahal2 pun stakat tarik utik buat apa`..betul kata teman itu..meskipun air surut dan cuma buang berdekatan sahaja(ya la batu ladung kecil mcmna mau buang jauh kn),sekejap saja pakcik umar beca berjaya menaikkan kerapu bunga..xla besar,cuma 500g tapi sedap juga kalau di stim hehhe!!


pakcik umar beca dengan kerapu bunga


selamba ja dorg nh hambur ikan atas jeti,plastik pn xda..nampak sangat suka2 buang boring,cincai habis..tapi yg penting ikan naik bossss!!jgn sewa bot mahal2,umpan harga rm80 tp naik ikan 2 3 kilo ja..itu hampeh namanya hahha

perairan menumbok memang masih kaya dengan ikan merah dan kerapu..sepanjang memancing di sini,jarang sy tarik utik or selungkang,ikan macam dalam gambar nh besa..tapi kali nh special coz hand line yang rare bagi sy

lokasi memancing yang sememangnya para pembaca yang pernah ke menumbok rasa macam kenal..untuk makluman di jeti ini  sy pernah menyaksikan kerapu 5kg,ikan merah 3kg,selungsung 5kg,kurau 8kg dinaikkan..jgn tengok cincai ya hehhe..kalau tetanda besa la,macam ada `kandang` dorg sini..tapi umpan mau ngam..umpan cikai,hasil pun cikai juga..n bergantung dengan rezeki masing2..


tengok nh,air sememangnya surut ketika ini..bagi yang mau try di lokasi ini,diperingatkan bahawa tempat ini ada sisa runtuhan jambatan di dalam air..mudah sangkut sini..kata pakcik umar kalau ditimbang set batu ladung,mata kail n kekili di dalam air nh mau 1 tan mungkin..besa la nampak pemancing muka kecewa sangkut sini hahha

suasana memancing seperti ini memang nyaman


chris dengan kerapu minyaknya..bole la buang boring katanya

sememangnya tidak boleh dinafikan delta menumbok masih kaya dengan pelbagai jenis ikan batu..kerapu,gt mahupun ikan merah adalah penghibur biasa di sini..sekali sekala jackpot selungsung,kurau,torpedo,yu juga boleh didapati di sini..apalagi dengan kewujudan lokasi yang tidak mampu dipukat oleh nelayan berikutan ombak laut dan gunung laut..tapi jarang nampak orang layan casting sini..rata2 orang membottom dengan pumpun,udang hidup dan isi ikan..harapan kami para pemancing tegar ini,semoga pihak kerajaan akan memajukan industri sukan memancing rekreasi di kawasan ini..sebelum ikan di sini tinggal kenangan..