Sunday, 13 May 2012

RIBUT MENGEJUT DI SUNGAI KETIDURAN

Pada 13.05.2012(ahad) jam lebih kurang 0700-1600hrs..Team D`FIST sekali lagi telah mendapatkan khidmat Tekong Ahim dari Pengkalan Kg.Banting Beaufort untuk ekspidisi di beberapa sungai di sekitar perairan Weston-Labuan..dengan semangat tegar,saya,Tam Rizal,Kidd n Khai telah bertolak awal pagi lagi menuju ke pengkalan..setelah mendapatkan umpan udang hidup di Weston,kami terus melabuhkan sauh di Sungai Ketiduran yang terkenal dengan amukan selungsung..namun hanya beberapa baby gt dan tetanda yang dinaikkan,membuatkan kami berpindah ke Sungai Mengkuduan..tidak lama menunggu,traffic jam tetanda dan gelama pisang(golden belly croaker) bermula..


Tekong Ahim dengan Baby Giant Treavally di Sungai Mengkuduan

penulis bersama Baby Giant Trevally 1.1kg..wlaupn x sbesar mana,kebuasan ikan ini melarikan diri memang best hehhe..hari nh guna perambut tali 60lb ja,so tpksa bhati2..kalu perambut besi,antam la dia mau tarik smpai puas hahaha!!

Kidd bergembira dengan perasmian reel surecatch armatus n rod surecatch superbite marauder..syukur la pancing baru x dirasmikan oleh `ikan kontrak` yang sekali -sekala meragut umpan hidup..kalu guna umpan udang mati berkupas conform bnyak peluang `kontrak` hahha!!


Kidd dgn kerapu 850g


layan kerapu 1.2kg..cuma 2 ekor kerapu kecil berjaya dinaikkan hari ini..wlaupun menggunakan umpan udang hidup n anak gelama hidup..sampai 5 sungai kami redah,tapi hasil kurang menarik





golden belly croaker fish..yang menjadi pesta seketika di lubuk terakhir yang kami singgah hari ini,Sungai Ketiduran..puluhan gelama size ini menjadi bahan hiburan hari ini apabila secara tiba2 kami semua sibuk melayan tarikan gelama yg seolah2 berkampung di sana..sang selungsung pula cuma mempamerkan aksi akrobatik,namun ingkar menjamah umpan..hampir 1jam kami melayan gelama di sini sebelum sauh ditarik berikutan angin tiba2 kencang..wlaupun cuaca sejak pagi cerah,ribut melanda secara tiba2 pada 1600hrs,tekong Ahim terpaksa membawa kami masuk ke anak sungai berikutan angin kencang dan ombak yg smakin tinggi..setelah 30minit,angin agak reda..lalu tekong Ahim membawa kami bergerak menuju ke Kg.Weston..malangnya di laut kami sekali lagi dihiburkan dengan angin kencang dan ombak yg smakin tinggi..mujur la Tekong Ahim berjaya membawa kami balik dengan selamat,biarpun 2 3 kali menimba air dalam bot..sampai rumah,terus salin ikan dari tong coz tong mau antar balik ngan tuan punya bot sebelum kami bergerak balik kira2 1jam perjalanan,terlupa mau ambil gambar hahaha!!

moral of the day,semasa memancing terutama di tempat sunyi,x kira la di laut,sungai darat,kuala,tasik ka..sila jaga pertuturan anda..walaupn anda rasa sesuatu yang melucukan,jgn gelak sebarangan,terutamanya benda pelik yang melibatkan binatang..jgn suka2 sgt tegur kalu x sanggup terima akibatnya..n para pemancing diingatkan agar menjaga keselamatan,rock tatap rock,tp sendiri mau ingat..baju hujan,medical kit yg ringkas,safety jacket seharusnya disediakan wlaupn rasa leceh mau angkat,tp malang x berbau..sekian,tq for reading

Monday, 7 May 2012

MEMANCING DI KUALA PENYU

Pada 06.05.2012,anggota Team D`FIST telah bergerak ke Membakut Eco Lake untuk aktiviti casting toman..malangnya kolam di resort berkenaan ditutup sehingga 02.06.2012..so terpaksa la kami bergerak ke tempat lain..kata sepakat dicapai lalu kami meneruskan perjalanan ke Kuala Penyu yang terkenal dengan aktiviti casting di Sungai Sitompok..


Tam Rizal sedang meninjau lokasi casting depan kedai,berdekatan dengan jambatan baru



penulis test casting di gigi air..lure minnow sempat sangkut lagi,mujur la di tempat cetek,bole turun ambil lagi


ini la tugu peringatan Sitompok yang menjadi asal-usul Kuala Penyu..kami sempat test memancing di feri lama di belakang..cantik tempat nh,bole nampak ikan coz air memang cun


seterusnya kami berkunjung ke Jeti Pantai Sawangan yang terkenal dengan aktiviti apollo..walaupun ada notis makluman ini..sesak juga jeti nh macam biasa hhaha!!


Tam Rizal dan Daud `The Anchor` sedang membottom dengan umpan udang hidup



Daud `The Anchor` dengan hasil pertama


antara pemancing tempatan sedang layan apollo anak ikan untuk dijadikan umpan,di celah2 lantai lagi 2 hehehe


sungguh sesak,nasib baik x juling mata ikan di Sawangan nh tengok mana 1 mata pancing yang mau disambar


ada juga yang bawa anak..tempat nh memang sesuai untuk bawa family hujung minggu


antara spesies ikan yang banyak dinaikkan dengan apollo dan membottom



ikan selar kuning yang banyak berenang di bawah jeti






sebenarnya tempat nh lebih kepada tempat riadah..tandas awam,chalet,gerai2 makanan disediakan..kalau mau memancing ikan kecil,conform la tempat nh lokasi ideal..rasa macam mau bawa rambat@jala pn ada kalau tengok anak2 ikan di bawah jeti nh..kalau mau cari siput sedut,bergerak kira2 1km dari jeti,ada pantai yang memang kaya dengan siput sedut..bawa karung pn xpa..oleh kerana cuaca kurang sesuai,air pun semacam ja berikutan fenomena `full moon` so kami terpaksa bergerak awal untuk balik..apapun Sungai Sitompok sudah dilabelkan dalam memori D`FIST sebagai antara lokasi yang akan dikunjungi untuk acara casting dan membottom dengan umpan hidup kelak


Thursday, 3 May 2012

Menyingkap Tabir Pulau Sari,Lawas,Sarawak

Team D`FIST telah mengadakan kunjungan hormat menyingkap tabir perairan Pulau Sari di Lawas,Sarawak yg khabarnya diperkasakan dengan ikan2 berkualiti tinggi..dengan bantuan tekong tempatan dari Kuala Lawas,bayaran rm140..kami menongkah arus ke perairan berkenaan untuk mencari kebenaran di sebalik khabar indah yg kerap dituturkan oleh rakan2 yg pernah berkunjung ke sana sebelum ini..berbekalkan umpan udang hidup dan anak ikan,kami melabuhkan pancing sebaik saja tekong selesai menurunkan sauh..tidak sampai 10minit menunggu,khabar indah yg didengar selama ini jelas terbukti faktanya apabila aksi hit n run bermula


 wajah gembira melambangkan kepuasan hati menyertai ekspidisi ini



  hasilnya..ikan merah dan kerapu yang terkulai,tumpas di tangan Team D`FIST hari ini


 suasana riuh apabila segerombolan ikan merah muncul..puas layan tarikan weiiii!!pengguna apollo sampai keluar gelak kambing apabila 3 ekor ikan merah naik sekali..cukup jelas fakta perairan Pulau Sari memang banyak ikan jenis threadfin


 parking di Pulau Sari setelah penat memancing,kawan2 kelaparan x sabar mau menikmati keenakan ikan merah segar..tekong masih ikat bot,kami sudah sibuk mencari port sesuai untuk bersantai dan mencari kayu api untuk `membelai` ikan2 yang baru kami tumpaskan


 orang kata yg asli itulah yg lazat..cara tradisional menjadi pilihan Team D`FIST untuk menyediakan juadah ikan merah panggang di Pulau Sari..tanpa sebarang perasa coz tlupa mau bawa..ikan cuma di panggang begitu saja..tapi silap2 kucing pun x dapat menjamah tulang nh nanti..conform kami ratah sampai licin hahaha!!


Menikmati ikan panggang segar..cukup bersama nasi putih dan kopi panas,membangkitkan selera..kata kawan,kalau unduk ngadau lalu pun belum tentu dia panggil makan..masing2 berebut melangsaikan ikan yang ada..jarang berpeluang makan sebegini cara..

Tuesday, 1 May 2012

Sambut Birthday Bersama Ikan

Pada 30 april 2012..jam 0600hrs(isnin)-1600hrs..team D`FIST julung kali menguji kehandalan Tekong Ahim dari Pengkalan KG.Banting,beaufort..menaiki bot 23kaki,dikuasakan dengan sepasang enjin 15hp,perjalanan dimulakan dgn lafaz Bismillah pada 6:30 pagi..jam 7pagi kami singgah di Kg.Weston untuk mendapatkan bekalan umpan udang hidup..cuma rm15,banyak udang hidup diberikan oleh nelayan tempatan..seterusnya kami menyahut sapaan Lubuk Berabak sebagai permulaan ekspidisi..hasil agak hambar membuatkan kami berpindah ke beberapa lokasi berdekatan,namun cuma beberapa ikan kecil dinaikkan..Tekong Ahim mebawa kami ke Belingkatak,x lama menunggu beberapa ekor Baby GT anggaran 300g berjaya dinaikkan,walaubagaimanapun kesuyian daripada ragutan ikan membuatkan kami berpindah ke Mengkuduan.menyaksikan beberapa Tetanda,Baby GT,Kerapu,Gelama saiz tapak tangan,Kurau dan beberapa jenis ikan kualiti sederhana dinaikkan..sememangnya air keruh berikutan angin kuat dan banjir di kawasan berdekatan menjejaskn peluang kami untuk menaiikan lebih bnyak ikan..kerapu anggaran 500g,black bass,baby gt x dapat diambil gambar berikutan kerosakan hp penulis yg digunakan utk mengambil gambar2 ini..cuma beberapa gambar bertuah saja yang terselamat..


king of the day..abg penulis yg sudah 4thun x memancing bersama kurau 5kg..wlaupn ikat mata pancing pun x pandai suda..tapi starring tamil memang last minute..sejak pagi kegersangan apabila melihat saya dan tekong kerap menaikkan ikan kecil..

inilah dia hasil tangkapan hadiah birthday penulis..kurau 5kg,kerapu,gelama,kapas2,rumahan,tetanda n lain2..lebih 15kg hasil pada hari ini..fuhhh layan!!!rumahan yang dikirai tekong Ahim dan Abg Amir nh lebih kurang 5kg juga..cukup la buat lauk malam hehhe!!

 baby gt bnyak dinaikkan pada hari tersebut..actly ada gambar posing tp rupanya hp yg rosak tidak mensavekn gambar yg diambil..kecewa la penulis..


apapun next time Team D`FIST akan mandapatkan kerjasama En Matusin Laiman,pengusaha bot sewa memancing Kg.Banting,Beaufort..beliau boleh dihubungi utk tempahan 0138600750,kelengkapan bot seperti tong ikan,tong umpan dan pam oksigen turut disediakan.menurut beliau sonar pn ada..tekong berpengalaman dan peramah disediakan dgn harga berpatutan..