Sunday, 11 March 2012

MISI APIL BALIK WESTON 10 MAC 2012

10 mac 2012 menjadi tarikh utk MISI APIL BALIK WESTON..d lokasi pertama balingan sulung rod DAIWA APOLLO CLASSIC & SEAHAWK GALAXY 4000..x smpai 5 minit..1st blood sembilang


masih berada di LUBUK MAIDIN kelibat sang pahat-pahat yg menyambar apollo dgn umpan udang hidup

traffic jam walaupn sudah limit sorg 2 pancing hahaha

hasil pertama di LUBUK BELINGKATAK Baby GT yg kerap diburu pemancing..selain ikan jnis ini,gelama,kerapu bunga,siakap,tetanda dan beberapa jenis ikan lain menyebabkan kami susah utk merokok

antara gelama yg amat banyak dinaikkan

suasana tiba2 kencang di LUBUK MENGKUDUAN

penat seharian casting x naik2..besa la org bilang kilar 2 saudara casting hahaha..jam 5 petang,umpan hidup anak gelama dgn teknik apollo disambar kerapu seterusnya menobatkn MR.SHAIRUL sebagai MAN OF THE DAY..slain ikan ini,dia juga berjaya menaikkan beberapa ekor kerapu bunga dan gelama yg mmg agak lumayan..selang 30 minit kemudian akibat kesilapan teknikal,joran ini telah dilarikan ikan ke dalam air..nasib baik air cetek so dpt balik joran,tp ikan berjaya mnyelamatkn diri..so bagi kaki pancing,sila pastikan joran ada berada dalam kedudukan yg sesuai bagi mengelakkan joran anda menjadi bahan tukun tiruan hahaha.

di lokasi sama seekor titir yg x sekolah telah menyambar TALI PANCING BUKAN MATA PANCING...PELIK TAPI BENAR..

kebetulan terjumpa lubuk kerapu..3 ekor kerapu naik di lokasi ini..akan diapil balik di masa hadapan hahaha

inilah dikatakan nasib..dicasting x dapat2..tiba2 sesumpit ini menyambar umpan apollo yg sedang dinaikkn sekaligus menambah senarai variasi ikan yg naik..

sembilang,pari,kerapu,siakap,tetanda,gelama,baby GT,titir dan beberapa jenis ikan lain yg menjadi mangsa team kami hari ini..wlaupn x smpai 20kg tetapi variasi ikan yg naik mnyebabkn kami sangat teruja utk menyahut cabaran misi seterusnya..tips bagi kaki pancing yg ingin bermain di kawasan ini..sila pastikan anda membawa umpan udang dan anak ikan hidup utk hasil yg lebih lumayan..belajar la tengok jadual air pasang dan sila rujuk dgn tekong2 yg berpengalaman dan lebih baik lagi nelayan..sebagai rujukan,anda boleh hubungi  SRI AMAN FISHING N CHALET 0138857124..umpan boleh didapati dgn mudah di Weston



Wednesday, 7 March 2012

MEMANCING DI BERABAK,WESTON,BEAUFORT

pada 04.03.2012..Border Fishing Team telah berkunjung ke Kg.Weston,Beaufort,Sabah untuk percubaan menarik kerapu dan GT yg khabarnya menjadi tumpuan kaki pancing tempatan disamping udang galah sepit biru..Team kami telah mendapatkan bantuan En.Ibrahim Hj.Ag Besar,seorang pengusaha chalet dan bot memancing tempatan..dengan bayaran rm250,dapatlah kami menaiki bot 23kaki panjang dan berkuasa 60hp utk ke lubuk Berabak yg terletak kira2 1jam perjalanan dari Kg.Weston..hasil agak memuaskn..setelah 5jam berada di sana,team kami telah berjaya menaikkan 5 ekor kerapu,3 ekor sembilang,7 ekor baby GT,gelama serta beberapa jenis ikan lain..malangnya cuaca kurang baik..hujan lebat tidak mengizinkan kami mengambil gambar selain gambar kurang macho ini hahaha...apapun,LUBUK BERABAK memang BEST!!!tips utk memancing di sini,turun kira2 jam 8 pagi..dan pastikan anda membawa umpan udang or ikan hidup utk hasil yg memuaskan di samping penggunaan apollo..

MEMANCING UDANG GALAH DI SUNGAI BANGKATAN,MERAPOK,SARAWAK



Sg.Merapok seringkali menjadi tempat bermain bagi Team kami kerana kedudukannya yg berhampiran dengan tempat tinggal bagi anggota team ini..berbekalkan umpan udang kecil,cacing dan kadangkala bedal ayam sering menjanjikan kepuasan bagi para pemancing di sini..walaupun kerapkali dikaitkan dengan buaya yang banyak di sungai ini,namun tidak menghalang minat kami untuk memancing setiap kali ada masa lapang..agak mengejutkan bila seekor sembilang berjaya dinaiikan pada 06.03.2012 kira2 400m dari pengkalan bangkatan selain anak2 gelama yg sering meragut umpan..bagi para peminat udang galah,sungai ini adalah antara tempat yang harus anda cuba